Monday, December 5th, 2011 at
8:08 am

Satu kejohanan futsal Piala Ketua Kampung akan diadakan sempena cuti sekolah ini untuk para remaja. Kejohanan tersebut akan diadakan pada hari Rabu, 14hb. Disember 2011 di Wembley Futsal Seksyen 17, Shah Alam.
Dua kategori yang akan dipertandingkan. Kategori pertama bawa 13 tahun terbuka dan bawah 16 tahun terbuka.
Pasukan yang berminat bolehlah menghubungi En. Ahmad Zakaria Talib 013-3219901 untuk mendapatkan borang penyertaan. tarikh tutup penyertaan pada 13hb. Disember 2011 tepat jam 5.00 petang. Program tersebut dianjurkan oleh Biro Belia, Sukan dan Rekreasi JKKK Padang Jawa Klang.
Wednesday, October 12th, 2011 at
10:48 pm
ADUN Batu Tiga dengan kerjasama JKKK Padang Jawa Klang telah memberi sumbangan berupa wang dan barangan dapur kepada mangsa-mangsa kebakaran di Jalan Padang Kampung Padang Jawa baru-baru ini. Dengan sedikit bantuan ini semoga dapat meringankan bebanan kepada mangsa kebakaran.
YB Rodziah dalam ucapanya, meminta mangsa kebakaran yang terlibat dapat bersabar dengan musibah yang menimpa dan inysaallah kerajaan pakatan rakyat akan cuba membantu dengan apa jua usaha.

Sebahagian daripada mangsa kebakaran
Saturday, October 8th, 2011 at
2:28 pm
Masjid As-Solihin akan mengadakan Ibadah Korban 1432/2o11 selepas solat Aidil Adha pada hari raya pertama. Untuk harga sebahagian lembu ialah RM 400.00. Seekor lembu RM 2650.00 dan seekor kambing berharga RM 800.00. Sesiapa yang berhajat bolehlah menghubungi Pegawai dan Jawatankuasa masjid. Borang-borang boleh didapati di masjid as-solihin.
Sebarang urusan sila hubungi Tuan Haji Mohd Shaher, 019-2642232 atau Tuan Haji Kamal Nasser (Imam) 013-2273252.
Monday, September 26th, 2011 at
3:51 pm
Semua ahli kariah masjid As-Solihin dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan 2011 Masjid As-Solihin Padang Jawa yang akan berlangsung pada Isnin, 26hb. September 2011 bersamaan 28 Syawal 1432H. Bermula jam 7.00 petang sehingga 11.oo malam.
Mesyuarat tersebut akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Shah Alam Yang Berhormat, Haji Khalid Abdul Samad.