FileImageSource000001097kkAssalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Selamat datang kepada pengunjung laman web JKKK Padang Jawa Klang. Tahniah dan syabas dari pihak pengurusan kepada jawatankuasa laman web JKKK Padang Jawa Klang kerana dapat menghasilkan laman web rasmi ini. Adalah diharapkan laman ini dapat dijadikan sebagai rujukan penduduk kampung dan dapat di layari semudah mungkin.

Penghasilan laman web yang menarik dan dikemaskinikan secara berterusan, saya pasti akan dapat memupuk kefahaman, keyakinan dan kebolehpercayaan masyarakat kita terhadap ICT serta membolehkan negara maju dengan pantas kearah ekonomi berla.

Adalah menjadi harapan saya agar laman web JKKK Padang Jawa Klang  yang dibangunkan ini dikawal dan diselaras supaya integriti dan kecekapan dalam pengurusan tidak terjejas disebabkan oleh pembaziran, penindihan tugas dan kerja-kerja berulang. Melalui laman web ini, JKKK boleh diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat diera teknologi maklumat dan segala maklumat penting boleh dicapai dengan tepat dan cepat melalui mel elektronik ataupun mesej.

Saya  juga berharap penduduk-penduduk Kampung Padang Jawa boleh membuat aduan terus dilaman web ini.  InsyaAllah dengan kerjasama semua pihak laman ini akan dikemaskinikan secara berterusan dan diharap dapat berfungsi sebagai laman rujukan untuk penduduk kampung . Sekian.

Terima Kasih. Wassalam

EN.SAIAN ASMARI
Ketua Kampung Padang Jawa, Klang
Selangor Darul Ehsan.
seanasmari@yahoo.com

Filed under: Berita JKKKNegeriPelbagaiUncategorized

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!