pasar malam 06708-12-2009.
Pasar Malam Padang Jawa Klang sememangnya telah terkenal di Sekitar Daerah Klang dan Shah Alam. Pasar ini telah wujud semenjak tahun 1970 yang dianjurkan oleh JKKK Padang Jawa Klang dimana Ketua Kampung pada waktu itu ialah En. Rahmat bin Hj. Dahlan iaitu Ketua Kampung Ke-2 selepas Hj. Zainal Bin Hj. Hassan.

Terletak di Jalan Besar Padang Jawa. Dianggarkan seramai 50 orang yang berniaga terdiri dari kalangan anak tempatan dan juga dari luar. Para peniaga nya terdiri dari 3  bangsa seperti Melayu, China dan India sahaja. Bayaran setiap petak adalah sebanyak RM1.00.

Kini pasar tersebut telah berkembang dengan pesatnya sehinggakan tiada tempat kosong kecuali peniaga bercuti. Dianggarkan lebih 200 peniaga yang berniaga. Berbagai dan bermacam-macam jenis jualan khasnya barang-barang keperluan dapur terdapat disini. Disebabkan kebanyakan barang yang dijual agak murah, maka pasar ini menjadi terkenal. Pada masa ini pasar tersebut dikendalikan oleh JKKK dimana hasil kutipannya digunakan untuk aktiviti kampung dan menampung perbelanjaan kecemasan seperti bencana, membantu fakir miskin dan  pembangunan kampung.

pasar malam 074Bermula  bulan Januari 2010, pasar ini akan ditutup selama 20 minit bagi menghormati waktu magrib  iaitu dari waktu azan magrib hingga selesai solat. Para peniaga dan pelanggan tidak dibenarkan berurus niaga dalam tempuh yang telah tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

pasar malam 063

pasar malam 069

Filed under: AktivitiBerita JKKKIsu SemasaPelbagai

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!